Puteri Diana
Kuburan milik Puteri Diana terletak di Althorp, sebuah kebun milik keluarga Spencer di Northhampshire, Inggeris. Di sana, pemandangannya sungguh indah dan bangunannya sungguh cantik. Tempat rehat terakhir Puteri Diana terletak di sebuah pulau iaitu di tengah tasik yang dikenali dengan nama 'Putaran Oval'. Sekali setahun antara bulan Julai dan awal September, pengunjung dibenarkan untuk mengunjungi bangunan di pulau tersebut.
Bruce Lee
Kubur milik Bruce Lee ini terletak di Seattle's Lakeview Cemetery. Bruce Lee meninggal pada usia 32 tahun, hanya beberapa minggu sebelum penayangan filem 'Enter The Dragon'. Meskipun penyebab kematian rasmi adalah reaksi alergi terhadap aspirin, namun beredar khabar angin yang Bruce Lee meninggal akibat dari 'kutukan jahat' yang kononnya datang dari rumahnya di Hong Kong yang dikatakan telah dihuni hantu selama tiga generasi.
Marilyn Monroe
Setelah 47 tahun kematian Marilyn Monroe, bintang pesonanya masih tetap bersinar dengan terang. Ia terbukti dalam sebuah lelongan di eBay di mana barang miliknya dilelong sebuah tempat kuburan yang berdekatan dengan kuburan Marilyn Monroe yang terletak di Los Angeles, telah dimenangi oleh seorang warga Jepun pada tawaran atas $4 600 000. Marilyn Monroe meninggal pada usia 36 tahun dan dia pernah berkahwin selama 274 hari bersama bekas suaminya, Joe DiMaggio,yang merupakan seorang legenda baseball dan selalu mengirimkan mawar merah tiga kali seminggu selama 20 tahun berikutnya.
Elvis Presley
Sebenarnya Elvis Presley memiliki dua kuburan. Setelah Lagenda Rock 'n' Roll ini meninggal akibat pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan pada Ogos 1977, dia dikuburkan di tanah perkuburan Forest Hill Cemetery, Memphis. Tapi para penggemar dan pencari Souvenir seringkali melakukan kerosakkan di kuburnya, maka mayat Elvis presley dan Gladys, ibunya dipindahkan di Graceland. Raja Rock 'n' Roll ini telah mati lebih tiga dekad, namun kuburnya masih dikunjungi 600 000 orang pada tiap tahun.
Jim Morrison
Kubur Jim Morrison terletak di tanah perkuburan Pere Lachaise di Paris, yang didirikan pada tahun 1804 oleh Napoleon Bonaparte. Di sana turut bersemadi juga seniman terkenal lain, penulis dan ahli muzik terkenal termasuk Edith Piaf, Max Ernst dan Oscar Wilde. Jim Morrison meninggal akibat jantung gagal berfungsi pada tanggal 3 Julai 1971.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan