09 Ogos 2010

Al-kisah...Lagi perihal 4 perkara!

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs131.ash2/39889_137671686272716_100000896553662_185476_7979389_n.jpg

Pada hari kiamat Allah SWT akan menolak alasan empat orang dengan empat iaitu;

  • Menolak alasan orang-orang kaya dengan nabi Sulaiman AS. Jika si kaya berkata, “Kekayaan itulah yang menyebabkan aku sibuk sehingga tidak sempat beribadat.” Maka dijawab, “Engkau tidak lebih kaya dari Sulaiman tetapi kekayaannya tidak melupakan dari ibadat."
  • Jika hamba sahaya berkata, “Kerana saya sebagai hamba sahaya maka tidak dapat bebas untuk beribadat kepadaMu.” Maka Allah SWT menjawab, “Yusuf AS menjadi hamba sahaya tetapi kehambaannya tidak menghalangi untuk melakukan ibadat.”
  • Jika si miskin berkata, “Kemiskinanku itulah yang menghalangi untuk beribadat kepadaMu.” Maka Allah SWT menjawab, “Engkau tidak lebih miskin dari Isa AS tetapi Isa AS tidak terhalang untuk melakukan ibadat.”
  • Jika terhadap orang yang sakit dengan Nabi Ayub AS. Jika si sakit berkata, “Penyakitku itulah yang menghalangi aku untuk beribadat.” Maka Allah SWT menjawab, “Penyakitmu tidak lebih berat dari penyakit Ayub AS tetapi ia tidak terhalang untuk ibadat kepadaKu.”

Tiada ulasan: