Pencarian bayi paling comel
PERTANDINGAN bayi tahunan Johnson's(R) baby kini dibuka dengan had umur penyertaan dilanjutkan kepada tiga tahun atau 36 bulan.
"Memandangkan pertandingan tahunan ini diadili ahli profesional kesihatan yang akan menilai tahap kecerdasan dan kesihatan setiap kanak-kanak berdasarkan umur mereka, kami mengambil keputusan untuk membenarkan bayi sehingga umur tiga tahun menyertai pertandingan ini," katanya.
Selain menilai tahap kecerdasan dan kesihatan setiap peserta, pada peringkat awal, barisan pengadil akan mencari bayi yang paling comel dan sihat serta bayi yang mempunyai senyuman atau sinaran pada matanya yang dapat menawan hati sesiapa saja.
"Setiap bayi mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing tanpa mengira umur. Pemenang tahun lalu, Elfred Liew yang berusia enam bulan adalah bayi termuda dalam sejarah pertandingan ini.
"Walaupun dia belum boleh berjalan, menari atau bercakap seperti sesetengah peserta yang lebih besar, dia berjaya menambat hati barisan pengadil dengan senyuman dan matanya yang bersinar," kata Joyce.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, layari www.babycenter.com.my/johnsonsbaby/boty2010. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Ogos 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan