Telah diceritakan oleh perawi hadis, Imam Ahmad dan Nasai dan hakim daripada Ibnu Umar;
“Ada 3 orang yang telah Allah SWT haramkan dari memasuki syurga iaitu;
1. Orang yang kekal minum arak.
Ada diceritakan, bagi umat Islam jika ia meminum walau seteguk sekalipun arak tersebut, maka akan pecah berkecailah kalimah tauhid yang tertulis di dahinya. Zahirnya memanglah kita tidak nampak, tapi itulah keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada umat Islam. Sebuah kalimah tauhid yang meng-Esakan-Nya. Sebuah tempat yang mulia, tempat kita sujud syukur ke hadrat Ilahi demi membuktikan bahawa kita ini insan yang serba lemah dan dhaif.
2. Orang yang menderhakai ibu bapa
Ada diceritakan juga, pada malam Lailatul Qadar terdapat empat perkara yang boleh menyebabkan terhijabnya doa seseorang di malam tersebut bila ada padanya:
Orang yang derhaka dengan ibu bapanya.
Orang yang meminum arak.
Dua orang yang tidak bertegur sapa antara satu sama lain selama 3 hari.
Orang yang memutuskan silaturahim.
3. Suami yang dayus.
Membiarkan ahli keluarganya melakukan zina. Setengah ulama menyifatkan makna dayus itu iaitu;
“Suami yang membiarkan isterinya dengan lelaki lain.”
Setengahnya pula menyifatkan begini;
“Orang yang membeli jariah (hamba) yang pandai menyanyi untuk menghiburkan orang lain.”
Maka tersuratlah di depan pintu syurga yang bermaksud;
“Engkau hai syurga haramlah atas segala lelaki yang dayus.”
Tersebut di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang membawa maksud;
“Barangsiapa berbuat zina dengan perempuan yang ada suaminya nescaya adalah dosanya di atas lelaki dan perempuan di dalam kubur itu sangat azab.”
Maka apabila datangnya hari kiamat nescaya menghukum Allah SWT akan si suami terlebih dahulu dalam segala hal kebajikan berbanding lelaki yang kemudian itu. Bermula hukum yang demikian itu apabila zina isterinya itu dengan tidak tahunya. Maka jika mengetahuinya dan dia berdiam diri nescaya Allah SWT mengharamkannya dengan tersurat di atas pintu syurga, yang bermaksud;
“Engkau haram yakni masuk atas segala orang yang mengatahui akan kejahatan zina pada ahlinya dan dia diam serta tiada rasa cemburu.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan