08 Ogos 2010

Al-kisah...Si Cristiano Ronaldo PALSU!

Nampaknya ada lelaki yang wajahnya mirip Cristiano Ronaldo. Lelaki tersebut bernama Jaime Wright, jadi berhati-hati apabila bertemu dengan lelaki ini. Jaime Wright mengambil kesempatan dari reputasi Cristiano Ronaldo dengan suka berganti kekasih. Persamaan wajahnya dengan Ronaldo digunakan untuk mengumpan para gadis ke ranjang.

Menurut The People, Jaime Wright kerap menyalahgunakan anugerah Tuhan itu untuk berbuat jahat. Sekurang-kurangnya sudah lima gadis menjadi mangsanya. 'Saya sedang melepak di sebuah kelab di Manchester, tiba-tiba tiga gadis cantik dan seksi menghampiri dan bertanya, adakah anda Ronaldo?. Saya tidak mengatakan saya adalah dia, tapi saya juga tidak menafikannya, kami pergi ke hotel dan menghabiskan malam yang luar biasa bersama', ujar Jaime Wright.

Dia menambah, kebanyakkan 'mangsanya' tidak menyedari telah tidur dengan orang yang salah sehinggalah keesokkan harinya, untungnya mereka menganggap perkara ini sebagai hal yang lucu. Tidak hanya itu, Jaime Wright juga mendapat keuntungan sebanyak £800 per hari daripada para pemburu foto selebriti (papparazi).

Cristiano Ronaldo


Jaime Wright

Butakah??? Banyaknya perbezaan tu. Tapi kalau dah memang buta, terlampau ikut perasaan, diri sendiri rugi.

Padan muka!!!

Tiada ulasan: